Saturday, 3 February 2018

PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 

(DUA2012)

NAMA PENSYARAH :

ENCIK MOHAMAD SUHAIMI BIN ISMAIL


KELAS:

DTP2B

SESI :

DISEMBER 2017


NAMA AHLI KUMPULAN : 


NUR NAFISYA BINTI MUHAMAD NOR
 (10DTP17F1047)

WANI BINTI RAMLI
(10DTP17F1049)

SITI NURBALQIS BINTI AZLEAN
(10DTP17F1059)




Image result for gambar bismillahirrahmanirrahim





Image result for gambar assalamualaikum







PENDAHULUAN


  Islam adalah sebuah agama yang paling dinilai disisi Allah SWT. Nabi Muhammad saw sebagai utusan Allah datang untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dalam Islam terdapat ajaran yang harus dipelajari dan difahamkan oleh pemeluk agama Islam seperti haram, halal, mubah, subhat dan lain-lain.

            Prinsip syariah merupakan jalan arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus. Ianya juga adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada 5 prinsip.

             Pertama, Rabbaniah iaitu ketuhanan yang merujuk kepada syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT. Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah sesuai dengan keperluan manusia. Kedua, Wasatiah iaitu kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan. Ketiga, Tawazun iaitu keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan di akhirat. Keempat, Mizan iaitu kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kelima, Tetap dan Anjal iaitu mutlak dan murunah menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya yang tetap untuk semua zaman dan umat.




PENGERTIAN/DEFINISI SYARIAH



Dari sudut Bahasa:  Jalan ke arah sumber air atau jalan yang lurus.

Dari sudut Istilah: Merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.

Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat yang sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. "Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat".
Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat


PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

RABBANIYYAH (KETUHANAN)


Syariah Islam adalah dicipta dan disususn oleh Allah SWT . Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah , ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia . Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT . Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabadian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungNYA . Para saintis , teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat .




WASATIAH (KESEDERHANAAN)


Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat kesederhanaan . Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan . Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada perlaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu . Contohnya , solat fardu hendaklah dilakukan secara berdiri . Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit . Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara . Mengambil tindakan antara dua kecerderungan . Contohnya antara kaya dan miskin . Maka pengambilan pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan .






Firman Allah SWT. yang bermaksud : “demikianlah pula kami telah jadikan
kamu umat yang adil (pertengahan) supaya kamu menjadi saksi terhadap
manusia……”









TAWAZUN (KESEIMBANGAN) 


Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan di ahkirat . Ia meliputi aspek kepercayaan , kerohanian , dan kebendaan , individu dan masyarakat serta dari sudut amalan duniawi dan ukhrawi . Contohnya manusia dijadikan daripada dua unsur iaitu jasad dan rohani .


Islam mengaturkan supaya kita memberi makanan kepada rohani dengan ibadat dan makanan jasmani dengan bahan makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat . Tanpa kedua dua jenis makanan ini manusia itu menjadi tidak seimbang . 



MIZAN (KESETARAAN)

Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara . Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat . Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan perlu ditimbang agar penyelidikan dan pembagunan mematuhi hukum hakam yang ditetapkan . Setiap perkara yang dilalukan hendaklah mengambilkira item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat .





Firman Allah yang bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad). Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.



 TETAP DAN ANJAL (MUTLAK DAN MUNURAH) 


Ini bermaksud bahwa segala prinsip dan dasa syariah Islam yang telah ditentukan oleh Allah SWT bersifat tetap dan tidak akan berubah disebabkan oleh mana-mana sedakan.Dari segi pelaksanaan pula ketentuan syariah tseperti kesakitan,kejahilan,keterlupaan dan kemudaratan.Contoh,dadah dibenarkan jika digunakan untuk perubatan.







KEPENTINGAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN



  a. Memelihara Agama

-Peranan utama syariah Islam adalah untuk memelihara nilai  agama serta perlaksaannya. Sebarang elemen yang boleh mengugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku. Andai kata sudah berlaku maka, hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan. Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama. Syariat Islam menetapkan sebarang kajian , ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama. Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Untuk menyelamatkan agama, maka hokum keluar dari Islam adalah termasuk jenayah hudud.



   b.Memelihara Maruah

Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambilkira kepentingan maruah umat. Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang perosakkan dan pemusnahan yang besar atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lessen untuk merobek maruah manusia atau maruah agama. Kerosakkan dan kefasadan yang melanda ala mini adalah antaranya punca daripada kealpaan para saintis , teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia. Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang.







  c. Memelihara Nyawa

Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah. Nyawa tidak diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh, hukum bunuh boleh dikenakan keatas pembunuh dibawah kes qisas (al-an’am”151). Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama, mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya, segala bahan kimia yang boleh membunuh dan merosakkan diri manusia. Seterusnya, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya, dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia.






  d. Memelihara Akal

Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandigannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak. Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah manusia.Islam melarang segala perubatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda. Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda. Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akanl adalah haram di sisi syariat Islam.




 e. Memelihara Keturunan

Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak seperti:
-          Liwat
-          Istimna’ – Onani
-          Musahaqah – Lesbian
-          Mendedahkan aurat
-          Berdua-duaan lelaki dan wanita
-          Zina atau tuduhan melakukan zina
-          Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
-          Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
-          Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan    mahram
-        Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita. Gambar atau filem lucah
Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau ta’zir. Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia.





f. Memelihara Harta

Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan , menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakar bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya. Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalny. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu. Hukuman Islam hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini. Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kematian dianggap mati syahid akhirat.







RUMUSAN

 Pelaksanaan syariah Islamiah dalam sains dan teknologi dan kejuruteraan ini bertujuan untuk membawa ke arah kebaikan sama ada untuk umat manusia atau alam. Ini bertepatan dengan konsep syariah iaitu hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t, ini bermakna segala hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t mempunyai makna atau maksudnya yang tersendiri ataupun sebab dan hikmah yang tersendiri.
     Seterusnya, Sebagai umat Islam, hendaklah kita mematuhi segala syariah Islam yang telah ditetapkan bagi mendapatkan keredaan  Allah s.w.t supaya apa yang dilakukan oleh kita sentiasa dalam reda  Allah s.w.t dan sentiasa ke arah kebaikan. Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipandang hina oleh masyarakat. Bagi memikul tanggungjawab ini, pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah sangat penting bagi melancarkan tugasan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.
     Akhir sekali, Kita seharusnya menghargai darjat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. dan perlaksanaan syariah Islamiah ini akan dapat meningkatkan kualiti serta sahsiah diri setiap insan. Hal ini demikian kerana, sekiranya syariah Islamiah diterapkan di dalam setiap apa yang dilakukan nescaya kehidupan di dunia akan sentiasa dalam keadaan yang sejahtera.


PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Allah SWT dan Melalui peluang keemasan ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah bimbingan iaitu Ustaz Muhamad Suhaimi Bin Ismail kerana telah banyak memberikan kami tunjuk ajar sehingga kami Berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

            Selain itu, penghargaan dan terima kasih ini juga kepada rakan-rakan kami yang turut membantu kami dalam menyiapkan blog ini. Tidak lupa juga rakan sekumpulan yang bersama-sama bertungkus lumus dan memberikan tenaga dan kerjasama yang secukupnya dalam menyiapkan blog ini.

            Blog ini juga telah menjadikan salah satu daripada proses mengulang kaji bagi kami dan kami berharap pencapaian kami dalam subjek ini bertambah baik. Semoga blog seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan dalam diri para pelajar.

            Akhir kata, sekali lagi ingin kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan blog ini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak sengaja di dalam blog ini sekian terima kasih.



PENUTUP


Dengan lafaz Alhamdulillah kami telah mengakhiri blog kami kali ini. Sebagai manusia biasa tentunya dalam penulisan ini masih banyak hal-hal yang belum terpenuhi, baik dari segi bahasa, penyusunan kalimat, dan hal yang lainnya. Namun demikian kami telah berupaya semaksimum mungkin demi terselesainya blog ini dan agar mendapat hasil sebaik mungkin, tetapi kemampuan yang kami miliki sangatlah terbatas. Oleh kerana itu, untuk kesempurnaan kerja yang sederhana ini kami mengharapkan kritik dan saran yang sifatnya membangun dari semua pihak demi kebersihan kerja di masa mendatang.

            Selain itu, prinsip ini dapat merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada lima prinsip. Rabbaniah, Wasatiah, Tawazun, Mizan dan Tetap dan Anjal. Prinsip ini dapat membaiki diri kita dalam menjalani kehidupan sebagai manusia di muka bumi ini. dapat mengajar tentang kepercayaan yang agung kepada yang Maha Esa iaitu Allah SWT, mewujudkan sifat kesederhanaan dalam diri kita, keseimbangan dan kesetaraan dalam diri dalam menjalankan sesuatu perkara dan mempercayai yang mutlak dan murunah dalam memelihara kesucian prinsip syariat yang terdapat dalam sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah.

            Prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia sebagai khalifah Allah SWT. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat. Prinsip ini mengajar kita erti kehidupan yang berpandukan Al-Quran dan al-hadis yang ditetapkan oleh Allah SWT.

        Akhirnya, dalam pembelajaran kita dapat memahami konsep prinsip syariah dengan lebih mudah difahami. Semoga Allah SWT selalu memberkati pembelajaran kita dan dapat memberikan manfaat khususnya bagi kami dan pada umumnya semua pihak yang berkenaan membaca blog ini. Semoga blog seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan dalam diri para pelajar. 


RUJUKAN