SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
(DUA2012)
NAMA PENSYARAH :
ENCIK MOHAMAD SUHAIMI BIN ISMAIL
KELAS:
DTP2B
SESI :
DISEMBER 2017
NAMA AHLI KUMPULAN :
NUR NAFISYA BINTI MUHAMAD NOR
(10DTP17F1047)
WANI BINTI RAMLI
(10DTP17F1049)
SITI NURBALQIS BINTI AZLEAN
(10DTP17F1059)
PENDAHULUAN
Islam
adalah sebuah agama yang paling dinilai disisi Allah SWT. Nabi Muhammad saw
sebagai utusan Allah datang untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dalam Islam
terdapat ajaran yang harus dipelajari dan difahamkan oleh pemeluk agama Islam
seperti haram, halal, mubah, subhat dan lain-lain.
Prinsip syariah merupakan jalan arah sumber air atau memberi makna jalan yang
lurus. Ianya juga adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh
Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi
kepada 5 prinsip.
Pertama, Rabbaniah iaitu ketuhanan
yang merujuk kepada syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT.
Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah sesuai
dengan keperluan manusia. Kedua, Wasatiah iaitu kesederhanaan dalam syariat
adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak
ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan. Ketiga, Tawazun iaitu
keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya mengimbangi antara
keperluan manusia di dunia dan di akhirat. Keempat, Mizan iaitu kesetaraan
dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya
bagi sesuatu perkara. Kelima, Tetap dan Anjal iaitu mutlak dan murunah menurut
syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya yang tetap untuk semua zaman dan
umat.
PENGERTIAN/DEFINISI SYARIAH
Dari sudut
Bahasa: Jalan ke arah sumber air atau jalan yang lurus.
Dari sudut Istilah:
Merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat
manusia melalui Rasulullah SAW.
Dipanggil sumber air
kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan
untuk terus hidup begitu juga syariat yang sangat diperlukan untuk menjadi nadi
dalam hidup manusia. "Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat
tanpa syariat".
Kewujudan syariat
bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat
PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
RABBANIYYAH (KETUHANAN)
Syariah Islam adalah dicipta dan disususn oleh Allah SWT . Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah , ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia . Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT . Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabadian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungNYA . Para saintis , teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat .
WASATIAH (KESEDERHANAAN)
Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat kesederhanaan . Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan . Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada perlaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu . Contohnya , solat fardu hendaklah dilakukan secara berdiri . Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit . Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara . Mengambil tindakan antara dua kecerderungan . Contohnya antara kaya dan miskin . Maka pengambilan pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan .
Syariah Islam adalah dicipta dan disususn oleh Allah SWT . Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah , ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia . Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT . Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabadian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungNYA . Para saintis , teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat .
WASATIAH (KESEDERHANAAN)
Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat kesederhanaan . Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan . Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada perlaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu . Contohnya , solat fardu hendaklah dilakukan secara berdiri . Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit . Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara . Mengambil tindakan antara dua kecerderungan . Contohnya antara kaya dan miskin . Maka pengambilan pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan .
Firman
Allah SWT. yang bermaksud : “demikianlah pula kami telah jadikan
kamu umat yang adil (pertengahan) supaya kamu menjadi saksi terhadap
manusia……”
kamu umat yang adil (pertengahan) supaya kamu menjadi saksi terhadap
manusia……”
TAWAZUN
(KESEIMBANGAN)
Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan di ahkirat . Ia meliputi aspek kepercayaan , kerohanian , dan kebendaan , individu dan masyarakat serta dari sudut amalan duniawi dan ukhrawi . Contohnya manusia dijadikan daripada dua unsur iaitu jasad dan rohani .
Islam mengaturkan supaya kita memberi makanan kepada rohani dengan ibadat dan makanan jasmani dengan bahan makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat . Tanpa kedua dua jenis makanan ini manusia itu menjadi tidak seimbang .
MIZAN (KESETARAAN)
Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan
nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara . Kesetaraan dalam syariat menuntut
agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan
akhirat . Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang
dilaksanakan perlu ditimbang agar penyelidikan dan pembagunan mematuhi hukum
hakam yang ditetapkan . Setiap perkara yang dilalukan hendaklah mengambilkira
item-item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh
syariat .
Firman
Allah yang bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad). Mereka tidak
disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim dalam mana-mana
perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di
hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka
menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
TETAP DAN
ANJAL (MUTLAK DAN MUNURAH)
Ini bermaksud bahwa segala prinsip dan dasa syariah Islam yang telah ditentukan oleh Allah SWT bersifat tetap dan tidak akan berubah disebabkan oleh mana-mana sedakan.Dari segi pelaksanaan pula ketentuan syariah tseperti kesakitan,kejahilan,keterlupaan dan kemudaratan.Contoh,dadah dibenarkan jika digunakan untuk perubatan.
KEPENTINGAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN
a. Memelihara Agama
-Peranan utama syariah Islam adalah untuk
memelihara nilai agama serta perlaksaannya. Sebarang elemen yang boleh
mengugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku. Andai kata sudah berlaku
maka, hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan
dilaksanakan. Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan
mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama. Syariat Islam
menetapkan sebarang kajian , ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan
hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama. Pembinaan bangunan yang
dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang
keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Untuk
menyelamatkan agama, maka hokum keluar dari Islam adalah termasuk jenayah
hudud.
b.Memelihara Maruah
Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah
atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Segala
kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambilkira
kepentingan maruah umat. Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang
perosakkan dan pemusnahan yang besar atas nama pembangunan atau pemodenan atau
penyelidikan bukan menjadi lessen untuk merobek maruah manusia atau maruah
agama. Kerosakkan dan kefasadan yang melanda ala mini adalah antaranya punca daripada
kealpaan para saintis , teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia.
Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap
tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang.
c. Memelihara Nyawa
Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian
manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah.
Nyawa tidak diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai
contoh, hukum bunuh boleh dikenakan keatas pembunuh dibawah kes qisas
(al-an’am”151). Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh
menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama, mengharamkan segala sesuatu yang
boleh merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira
keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan. Islam
mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia.
Contohnya, segala bahan kimia yang boleh membunuh dan merosakkan diri manusia.
Seterusnya, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan
kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya, dengan mengambil
makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan
yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia.
d. Memelihara Akal
Akal merupakan anugerah utama bagi komponen
tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandigannya. Kekuatan akal mampu
berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan
memenuhi padang bola sepak. Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui
penjagaan makanan, minuman dan riadah manusia.Islam melarang segala perubatan
yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan pada akal seperti mengambil
minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang
merosakkan ketajaman minda. Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas
menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda. Segala
aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan
akanl adalah haram di sisi syariat Islam.
e. Memelihara Keturunan
Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk
mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada
secara langsung atau tidak seperti:
- Liwat
- Istimna’
– Onani
- Musahaqah
– Lesbian
- Mendedahkan
aurat
- Berdua-duaan
lelaki dan wanita
- Zina
atau tuduhan melakukan zina
- Bercakap
atau menunjukkan aksi lucah
- Pergaulan
bebas antara lelaki dan wanita
- Bersentuhan
atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
- Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau
mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita. Gambar atau filem lucah
Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah
termasuk dalam kes-kes hudud atau ta’zir. Justeru itu, Islam mensyariatkan
pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia.
f. Memelihara Harta
Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala
bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti
merompak, mencuri, menyorok, membazir dan , menspekulasi pasaran modal. Islam
menetapkan kewajipan mengeluarkan zakar bagi setiap muslim yang telah mencapai
kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat
keberkatannya. Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalny.
Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke
arah itu. Hukuman Islam hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan
ta’zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini. Bagi mereka yang
sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kematian dianggap mati syahid
akhirat.
Pelaksanaan
syariah Islamiah dalam sains dan teknologi dan kejuruteraan ini bertujuan untuk
membawa ke arah kebaikan sama ada untuk umat manusia atau alam. Ini bertepatan
dengan konsep syariah iaitu hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t, ini
bermakna segala hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t mempunyai
makna atau maksudnya yang tersendiri ataupun sebab dan hikmah yang tersendiri.
Seterusnya,
Sebagai umat Islam, hendaklah kita mematuhi segala syariah Islam yang telah
ditetapkan bagi mendapatkan keredaan Allah s.w.t supaya apa yang
dilakukan oleh kita sentiasa dalam reda Allah s.w.t dan sentiasa ke
arah kebaikan. Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh
tanggungjawab supaya kita tidak dipandang hina oleh masyarakat. Bagi memikul
tanggungjawab ini, pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah sangat penting
bagi melancarkan tugasan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.
Akhir
sekali, Kita seharusnya menghargai darjat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
dan perlaksanaan syariah Islamiah ini akan dapat meningkatkan kualiti serta
sahsiah diri setiap insan. Hal ini demikian kerana, sekiranya syariah Islamiah
diterapkan di dalam setiap apa yang dilakukan nescaya kehidupan di dunia akan
sentiasa dalam keadaan yang sejahtera.
PENGHARGAAN
Bersyukur
kepada Allah SWT dan Melalui peluang keemasan ini, kami ingin merakamkan jutaan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah bimbingan iaitu
Ustaz Muhamad Suhaimi Bin Ismail kerana telah banyak memberikan kami tunjuk ajar sehingga
kami Berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Selain itu, penghargaan dan terima kasih ini juga kepada rakan-rakan kami yang
turut membantu kami dalam menyiapkan blog ini. Tidak lupa juga rakan sekumpulan
yang bersama-sama bertungkus lumus dan memberikan tenaga dan kerjasama yang
secukupnya dalam menyiapkan blog ini.
Blog ini juga telah menjadikan salah satu daripada proses mengulang kaji bagi
kami dan kami berharap pencapaian kami dalam subjek ini bertambah baik. Semoga
blog seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang untuk memantapkan
dan meningkatkan lagi pengetahuan dalam diri para pelajar.
Akhir kata, sekali lagi ingin kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan blog ini. Kami juga
menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan
yang tidak sengaja di dalam blog ini sekian terima kasih.
PENUTUP
Dengan
lafaz Alhamdulillah kami telah mengakhiri blog kami kali ini. Sebagai manusia
biasa tentunya dalam penulisan ini masih banyak hal-hal yang belum terpenuhi,
baik dari segi bahasa, penyusunan kalimat, dan hal yang lainnya. Namun demikian
kami telah berupaya semaksimum mungkin demi terselesainya blog ini dan agar
mendapat hasil sebaik mungkin, tetapi kemampuan yang kami miliki sangatlah
terbatas. Oleh kerana itu, untuk kesempurnaan kerja yang sederhana ini kami
mengharapkan kritik dan saran yang sifatnya membangun dari semua pihak demi
kebersihan kerja di masa mendatang.
Selain itu, prinsip ini dapat merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan
oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah
terbahagi kepada lima prinsip. Rabbaniah, Wasatiah, Tawazun, Mizan dan Tetap
dan Anjal. Prinsip ini dapat membaiki diri kita dalam menjalani kehidupan
sebagai manusia di muka bumi ini. dapat mengajar tentang kepercayaan yang agung
kepada yang Maha Esa iaitu Allah SWT, mewujudkan sifat kesederhanaan dalam diri
kita, keseimbangan dan kesetaraan dalam diri dalam menjalankan sesuatu perkara
dan mempercayai yang mutlak dan murunah dalam memelihara kesucian prinsip
syariat yang terdapat dalam sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah.
Prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia sebagai khalifah Allah
SWT. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan
dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat. Prinsip
ini mengajar kita erti kehidupan yang berpandukan Al-Quran dan al-hadis yang
ditetapkan oleh Allah SWT.
Akhirnya, dalam pembelajaran kita dapat memahami konsep prinsip syariah dengan
lebih mudah difahami. Semoga Allah SWT selalu memberkati pembelajaran kita dan
dapat memberikan manfaat khususnya bagi kami dan pada umumnya semua pihak yang
berkenaan membaca blog ini. Semoga blog seperti ini akan terus dijalankan untuk
masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan dalam diri
para pelajar.
RUJUKAN